Sofía Margarita Vergara Vergara, (lahir 10 Julai 1972)
[1][2] ialah seorang pelakon dan model
Colombia.Vergara terkenal dengan mengacara bersama dua rancangan televisyen untuk rangkaian televisyen berbahasa Sepanyol
Univisión pada lewat 1990an. Kerjaya lakonan pertamanya yang terkenal dalam bahasa Inggeris ialah menerusi filem Chasing Papi (2003). Seterusnya, beliau muncul dalam beberapa filem lain, termasuk Four Brothers (2005) dan dua filem
Tyler Perry: Meet the Browns (2008) dan Madea Goes to Jail (2009), menerima pencalonan Anugerah ALMA. Kejayaan Vergara di televisyen membolehkan beliau mendapat peranan dalam filem
The Smurfs (2011),
New Year's Eve (2011),
Happy Feet Two (2011), The Three Stooges (2012),
Escape from Planet Earth (2013), Machete Kills (2013),
Chef (2014), dan
Hot Pursuit (2015). Pada 2012, 2013, dan 2016, beliau merupakan pelakon yang berpendapatan tinggi di televisyen A.S..
[3]Vergara membintangi siri
ABC Modern Family sebagai Gloria Delgado-Pritchett, yang mana beliau menerima empat pencalonan
Anugerah Golden Globe, empat
Anugerah Primetime Emmy, dan tujuh
Anugerah Screen Actors Guild. Pada 2014, beliau disenaraikan sebagai wanita ke-32 paling berkuasa di dunia oleh
Forbes.
[4]